Search In Woman Talk

Monday 29 November 2010

20 yang anggun..penuh Glamor!!!

EH! 20 Yang Anggun sekali lagi tampil glamor memeriahkan acara kemuncak majalah terkemuka EH! bersama Lancome.
Bersesuaian dengan tema Glitz & Glamour, kelibat artis-artis popular menawan lebih 300 pembaca bertuah yang turut sama hadir.
Tahun ini, EH! 20 Yang Anggun menampilkan :Aurora Salwa
Adira
Alyah
Ana Rafali
Diana Jalal
Faezah Elai
Juliana Evans
Julie Woon
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Mimie
Nadia Fly FM
Najwa
Raja Ilya
Scah Al-Yahya
Shila OIAM
Siti Saleha
Stacy
Yuna
Zizi



20 selebriti ini dipilih berdasarkan undian pembaca. Parti ekslusif ini juga turut dihadiri 10 Lelaki Disenangi Pembaca EH! seperti Akim, Sharnaaz, Naqib, Nas-T, Iz Sulaini, Ryzal, Black, Nazim, Shaz Jazle dan Gambit.
Kelibat Siti Nurdiana, Nita, Alyah dan Ezlynn turut memeriahkan Party EH! yang berlangsung di Zouk KL.























Continue Reading...

Aidil - Rita belum reda

 
Kita ingatkan kemelut rumah tangga pemain bola sepak Aidil Zafuan Abdul Razak dan pelakon top Rita Rudaini Mokhtar dah reda. Yalah rasa baru saja baca pengakuan saling sayang menyayangi di antara satu sama lain dalam sisipan Pancaindera di akhbar Mingguan Malaysia.


Sebelum itu Woman Talk dengar memanglah ada juga tuduh menuduh sesama mereka serta kenyataan daripada keluarga Aidil yang dipaparkan dalam akhbar. Rupa-rupanya kisah mereka belum reda walaupun Aidil sibuk membuat persiapan nak lawan pasukan hebat Pantai Timur, Kelantan di final Piala Malaysia Sabtu ini.



Dalam sibuk-sibuk itu Aidil sempat ke mahkamah membuat tuntutan rundingan secara baik untuk mendapat hak penjagaan anak mereka Airit Rayyan. Nasib baiklah tak buat tuntutan nak bercerai. Mintak jauhlah benda-benda tak elok macam tu.

Kita pun tak tahulah apa nak jadi dengan pasangan yang tak sepadan usia ni. Agaknya betullah orang kata, lelaki muda ni lambat matang. Tapi Aidil dah berusia 23 tahun, takkan belum dapat membuat penilaian secara matang.


Woman Talk bukan nak kata Aidil tak matang dalam membuat pertimbangan. Mungkin juga dia tertekan dengan krisis yang melanda isteri dan keluarganya. Semasa awal perkahwinan dulu keluarga Aidil mengkritik kuat dan tidak menerima kehadiran Rita. Rita dakwa hatinya sakit sehingga payah nak dipulihkan.


Namun Rita janji akan berusaha untuk berbaik dan pulang ke rumah keluarga mertua tanpa paksaan sesiapa. Dia menunggu masa yang sesuai dan apabila hatinya terbuka secara ikhlas untuk melangkah ke sana.
Nampaknya belum lagi Rita sedia mengatur langkah murni, suaminya heret dia ke mahkamah pula. Bila dah ke mahkamah ini pastilah makin parah hubungan mereka dalam masa-masa depan ini.
Aidil failkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada hari Selasa.
Permohonan sulh dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan kedua-dua pihak.
Continue Reading...

Bienda menyalahkan wartawan senior?

Sebelum menghantar kad undangan majlis persandingannya, sudah banyak pihak memperkatakan pasal penyanyi bertudung Bienda yang kononnya sudah bernikah secara rahsia.
Sejak awal tahun lagi perkara itu diperkatakan, namun Bienda menafikannya. Biarlah. Apabila hadir ke majlis persandingannya semestinya tarikh pernikahan antara yang menjadi soalan. Bienda enggan memberitahu tarikhnya kerana mahu menjaga hati banyak pihak dan takut bakal mengaibkan. Itu kata Bienda sendiri.



 Selepas majlis itu Bienda sekali lagi dikritik kerana keengganannya memberitahu tarikh sebenar pernikahannya. Sampai sudah Bienda mahu merahsiakannya. Apabila tarikh kahwin menjadi perkara rahsia, semestinya menimbulkan persoalan dan rasa sedikit pelik. Kalau tak ada majlis itu tak apa lah jugak.


Sehingga hari ini isu Bienda merahsiakan tarikh nikah masih diperkatakan. Bienda juga lantang menyalahkan pihak lain apabila isu itu diperkatakan orang. Hanya orang lain yang salah, dia tidak bersalah.
Lebih hot bila Bienda menjaja nama tiga wartawan hiburan senior sebagai orang yang membuatkan perkara itu menjadi besar. Kononnya tiga wartawan itu berpakat mahu membesarkan perkara itu.


Eleehhh... salahkan orang lain pulak. Dia kata sejak awal tahun lagi perkara itu diperkatakan gara-gara tiga wartawan senior itu.

Bienda buta kah? Isu tarikh perkahwinannya ditulis oleh hampir semua media. Bila ada media mingguan yang mengkritiknya, dia menuduh tiga nama yang sebenarnya tiada kaitan dengan media tersebut.

Apa hak tiga wartawan senior itu menentukan hala tuju penulisan dalam media yang tidak disertainya. Bienda tak faham perjalanan organisasi media tu.

Bienda kata dia sudah lama dalam industri dan kenal sangat dengan tiga wartawan senior. Apatah lagi tiga wartawan itu juga mengenali dan sering berurusan dengan ibunya, penyanyi dangdut Sheeda.

Tak pasal-pasal nama tiga wartawan senior itu yang naik. Agaknya kerana dia nampak kelibat dua wartawan senior yang hadir ke majlis persandingannya.


Seorang lagi wartawan senior yang dia tuduh tak hadir, tetapi wartawan itu pernah menulis dalam pojok kelolaannya pasal Bienda yang dikatakan sudah bernikah awal tahun lalu.
Kebetulan pulak dua wartawan yang hadir ke majlis itu pulang awal kerana ada urusan lain. Maklumlah majlisnya diadakan semasa musim orang buat rumah terbuka. Walaupun banyak undangan lain, tetap singgah ke majlis itu. Tapi balasan yang diterima lain pula. Inikah balasanmu.
Woman Talk: Tiba-tiba teringat lagu Gaya Zakry berbunyi; Jangan pula engkau cuba menyalahkan orang lain, andai engkau kan dibenci oleh teman-teman.

Continue Reading...

Siapa kata Shikin & Zull tak bahagia???

Dulu pernah orang cakap pasal rumah tangga Shikin dan Zull bagaikan melalui badai dan ada masalah. Tak pasal-pasal hot sekejap nama Shikin yang lama menyepi. Yalah tahun ini ramai sangat golongan artis yang pilih jalan hot bercerai berai.


Shikin pernah menafikannya. Tapi Zull cool sahaja sebab dia sibuk dengan kerja dan lama tak muncul dalam mana-mana majlis yang dihadiri Shikin. 


Itulah cabaran jadi artis ni...selalu je jadi perhatian.Bile tak mesra di khalayak ramai atau suami tidak teman isteri ke mana mana majlis orang ramai sudah membuat spekulasi mengenai keadaan rumahtangga mereka.Tapi akhir akhir ni selalu je kelihatan mereka berdua bersama.
Sabtu lalu Zull menemani Shikin yang diundang mengadakan persembahan dalam majlis meraikan anak yatim anjuran Jaafar Onn di Selayang Mall. Selain Shikin majlis itu ada Haiza, Maya, Salwa Abdul Rahman, Ibnor Riza dan Chef Zainal. Zull menemani Shikin yang diundang mengadakan persembahan dalam majlis meraikan anak yatim anjuran Jaafar Onn di Selayang Mall. Selain Shikin majlis itu ada Haiza, Maya, Salwa Abdul Rahman, Ibnor Riza dan Chef Zainal.


"Nampak macam orang bahagia tak?" tanya Shikin sambil ketawa. Sebelum diaju soalan Shikin awal-awal lagi dan buat penjelasan. Zull nampak cool sahaja.
Shikin memang macam tu suka berjenaka. Agaknya kerana suka cakap dan bergurau itu membuatkan ada yang salah faham sehingga menimbulkan gosip yang kurang enak pasal rumah tangga mereka.
.
Woman Talk: Sentiasa doakan yang terbaik untuk semua pasangan. Amin
Continue Reading...

Artis Top hadir kaunseling rumahtangga

Woman Talk pernah dengarlah kisah rumah tangga artis popular dan cantik yang macam bergoyang. Pernah juga dia menafikan gosip tersebut. Tak apalah bila dia nafi tak adalah kisahnya digembar-gemburkan lagi.

Tapi Woman Talk dapat khabar yang sahih yang mengatakan ada yang terserempak dengan mereka yang menghadiri sesi kaunseling di sebuah jabatan agama di sekitar Lembah Klang bulan lalu. Kalau dah jalani kaunseling tu, sahlah mereka ada masalah.
Bukan terserempak berdepan tapi sepintas lalu sebab artis itu dan pasangannya yang juga dikenali ramai keluar ikut pintu belakang selepas sesi mereka selesai. Dia tak mahu orang awam di situ nampak sebab semua orang akan kenal wajahnya dan suami.

Woman Talk tak nak mendoakan yang buruk. Harap-harap sesi tersebut berjaya memulihkan hubungan mereka. Yalah... kalau asyik berantakan, nanti orang akan cop artis Malaysia tahu kehwin cerai sahaja.

Woman Talk kenal sangat artis tu yang tak mahu kisah-kisah tidak baik didedahkan kepada umum. Dia juga bukanlah jenis yang mahu memburuk-burukkan pasangan kalau ada masalah di antara mereka. Dia rela pendam sendiri demi menjaga nama baik keluarga.

Woman Talk: Doakan yang terbaik untuk artis cantik yang semakin hari semakin popular itu.Wanita selalu je menjadi mangsa situasi.Orang biasa pun ramai je yang kahwin cerai.Dah lumrah dunia, sudah tersurat lah katakan.Apa pun kita usahakan yang terbaik untuk hidup kita.
Continue Reading...

Saturday 27 November 2010

Faedah waktu fajar

Surah ini termasuk dalam surah Makkiyyah. Ia terdiri daripada 30 ayat dan diturunkan selepas surah al-Ghashiyah.
Hubungan surah ini dengan surah al-Ghashiyah adalah:

1. Dalam surah al-Ghashiyah, Allah SWT menerangkan keadaan orang yang berwajah berseri-seri. Dalam surah ini pula, Allah SWT menerangkan sekelompok kaum pendusta lagi derhaka yang berwajah hina dan sekelompok orang yang berwajah cemerlang lagi berseri-seri.

2. Sumpah yang mengawal surah ini bagaikan dalil bagi kebenaran apa yang terkandung dalam penutup surah yang lalu iaitu janji ancaman dan seksa.
Firman Allah SWT: Demi waktu fajar, dan malam yang 10 (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).

Ibn Kathir berkata: Perkataan al-Fajr telah diketahui maknanya iaitu waktu Subuh. Demikian yang dikemukakan oleh Ali, Ibn Abbas, dari Masruq dan Muhammad bin Ka'ab.
Maksud dalam ayat ini adalah waktu fajar pada Hari Raya Korban khususnya yang merupakan penutup malam yang ke-10. Iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Abbas, Ibn Zubair, Mujahid dan lain-lain di kalangan kaum Salaf dan Khalaf.

Antara tafsiran lain berkenaan fajar adalah fajar subuh setiap hari seperti kata Ikrimah, Zaid bin Aslam dan al-Qurazi, dan juga siang hari keseluruhannya seperti kata Abu Nadrah.
Berkenaan dengan malah 10, ada pendapat menyatakan 10 akhir Ramadan, 10 awal Ramadan dan 10 awal Muharam seperti dinukilkan daripada Ibn Jauzi dalam Zad al-Masir.
Firman Allah SWT: dan bilangan yang genap serta yang ganjil, dan malam, apabila ia berlalu.

Al-Magahri berkata: Kenikmatan Allah SWT yang dikurniakan kepada hamba-Nya kerana penggantian siang dan malam serta keadaannya yang berbeza-beza.
Ini kerana perbezaan waktu dan musim adalah termasuk kurnia yang tidak dapat diingkari kecuali oleh orang yang bongkak.

Sudah tentu Tuhan kita bersumpah dengan siang dan malam ini untuk menjadi peringatan bahawa penggantian siang dan malam adalah berkat pengaturan Zat Yang Maha Pengatur, Yang Bijaksana dan Yang Mengetahui bahawa yang demikian itu berguna bagi hamba-Nya.
Cuba perhatikan faedah yang terdapat pada waktu fajar, nescaya kamu mengetahui bahawa ia akan menghilangkan kesedihan yang terjadi pada malam hari dan mengingatkan datangnya saat mula kerja.

Oleh yang demikian kamu akan memperoleh faedah yang ada pada malam purnama yang membawa jiwa kepada berjaga dan memudahkan manusia dapat bekerja secara baik khususnya pada musim-musim panas di negeri-negeri seperti Arab.
Firman Allah SWT: Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?

Ibn Kathir berkata: Iaitu orang yang mempunyai akal. Akal disebut dengan sebutan al-Hijr kerana dapat mencegah manusia melakukan hal-hal yang tidak wajar untuk dilakukan.
Sumpah ini berkaitan dengan waktu-waktu ibadah dan ibadah itu sendiri yang terdiri daripada haji, solat dan berbagai macam ibadah lainnya daripada saranan yang dipergunakan oleh hamba-hamba yang bertakwa, tawaduk serta khusyuk di hadapan wajah-Nya yang mulia untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Firman Allah SWT: (Kami tetap akan membinasakan orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka), iaitu penduduk 'Iram' yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya), yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?
Continue Reading...

Cara dakwah kepada free thinker


Soalan 1:
SAYA ada seorang kawan yang free thinker tetapi dia selalu menyebut perkataan takdir, akhirat balasan oleh tuhan dan sebagainya.
Dia amat mengambil berat kebajikan ibu bapanya yang sudah tua dan uzur (terbaring sakit kedua-duanya). Ibu bapanya tinggal di Kuala Lumpur manakala beliau bekerja sebagai jurutera di Singapura dan akan pulang dua minggu sekali menjenguk ibu bapanya. Saya terharu mendengar kisah hidupnya yang disifatkannya tidak bahagia.
Apabila saya menyuruhnya bersabar kerana ini cubaan hidup lalu dia mengatakan cubaan apa kalau hampir 30 tahun masih seperti itu keadaannya.
Dia seperti sedang mencari pegangan agama dalam hidupnya. Apakah buku agama yang sesuai dihadiahkan kepadanya untuk berdakwah kerana beliau suka membaca?

Jawapan:
Dalam diri manusia ada sifat-sifat yang terpuji walaupun orang itu free thinker. Sebab berbuat baik ini adalah tuntutan fitrah manusia. Insan yang baik pasti sukakan kebaikan dan benci kepada kerosakan. Lebih-lebih lagi hubungan anak dengan kedua ibu bapa.
Saya percaya apa yang dilakukan oleh kawan saudara adalah kerana perasaan kasih dan rasa bertanggungjawabnya terhadap kedua ibu bapa. Nilai dan budi yang baik adalah daripada hasil pengasuhan yang baik.

Juga apa yang pasti adalah memang menjadi tanggungjawab seorang anak menjaga ibu bapanya di kala mereka telah lanjut usia. Cuma dia yang faham erti tanggungjawab terhadap menjaga ibu bapa belum sampai pertemuannya dengan hidayah Allah SWT.
Ramai yang saya kenal mereka ini baik lagi berakhlak yang baik tetapi tidak beragama Islam. Mungkin mereka ini selesai dengan manusia tapi tak selesai dengan Allah.
Ini kerana akal yang waras seharusnya digembleng dalam mencari pencipta yang sebenarnya. Orang yang sebegini adalah orang yang benar-benar mempunyai harapan untuk menerima kebenaran.

Ini kerana kehalusan hatinya boleh membawa dia ke jalan yang lebih terang dengan menuju hidayah Allah SWT. Nah, kini tanggungjawab saudara adalah memberi contoh yang baik serta mengajak dia berdiskusi mengenai keindahan Islam. Serta berikan dia buku-buku bacaan yang bersesuaian dengan dia dalam mengenal Islam.

Banyakkan doa mohon Allah berikan dia petunjuk ke jalan Islam. Hidayah ini hak Allah SWT, Dialah yang berhak memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Ia sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dialah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). (al-Qasas: 56)

Allah sahaja yang mengetahui siapakah di antara hambanya yang mendapat hidayah. Orang yang mendapat hidayah adalah orang yang dipilih Allah bagi menikmati keindahan dan kehebatan agama Islam.

Alangkah hebatnya kalau kawan saudara mendapat hidayah, dengan ciri dan nilai budi indah yang dimilikinya itu dengan Islam menjadi pegangannya pastinya menjadi insan yang dikasihi Allah SWT.

Secara peribadi ustaz doakan Allah membuka pintu hatinya menerima Islam, begitu juga dengan yang lain. Hidayah Allah sangat besar nilainya, hanya yang pernah mengalami sahaja yang dapat merasakan keunikan dan kemanisannya.
Bagi mendapatkan bahan-bahan bacaan yang boleh membantu dia memahami Islam boleh di dapati ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Di sana memang ada banyak bahan-bahan bacaan yang boleh membantu orang yang sedang mencari jalan agama. Dalam masa yang sama belikan juga buku-buku yang mengisahkan pengislaman seseorang, dan belikan juga terjemahan al-quran yang hanya terjemahan tanpa teks ayat-ayat al-Quran.

Soalan 2:
Bagaimana pula nak mengajar saudara baru solat kerana dia masih belum mampu menghafal surah al-Fatihah?

Jawapan:
Membaca surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat, solat seseorang tidak akan diterima sekiranya tidak dibaca fatihah pada setiap rakaat.

Dalam masalah yang diajukan mengenai saudara baru yang masih belum menghafal fatihah hendaklah solat mengikut orang dengan berjemaah.

Pada masa yang sama berusaha menghafal surah al-Fatihah. Pengalaman saya mengajar saudara baru menghafal fatihah tidak lebih dari tiga hari mereka sudah menghafalnya.
Buat permulaan asal boleh baca dulu, biarpun ada sedikit sebanyak kesalahan yang perlu diperbaiki. Kalau nak tunggu betul-betul sempurna mungkin makan masa.

Dalam pada itu sekiranya ada salah dan silap dalam hafalan fatihahnya adalah dimaafkan kerana dia masih baru dalam Islam dan dalam proses belajar.
Continue Reading...

Menyembuhkan luka selepas bersalin

BAHAN-BAHAN:

Asam keping

Buah manjakani

CARA-CARA:

1.  Rebus asam keping bersama buah manjakani.

2. Gunakan air rebusan ini untuk membasuh alat sulit semasa di dalam pantang.
3. Anda dapat lihat hasilnya, luka peranakan akan cepat sembuh.
Continue Reading...

Kenali kacang soya

KACANG SOYA  ataupun nama saintifiknya glycine max, sejenis tumbuhan tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 cm. Bunganya berbentuk gumpalan, berwarna putih dan ungu. Manakala bijinya adakala berwarna kuning, hijau, coklat ataupun hitam atau kedua-duanya.


Kacang soya adalah legume berprotin tinggi (keluarga fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy (soya bean) diambil dari perkataan bahasa Jepun, shoyu (kicap).

Ia dianggap sebagai sumber protein lengkap iaitu protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pengamal vegetarian. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran seperti oat.


Kacang soya boleh diproses dengan pelbagai cara. Bentuk biasa hasil soya termasuk tepung soya, tauhu, tempe, soya licithin dan minyak sayuran. Ia juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap.

Kebanyakan keluaran tenusu telah ditiru menggunakan kacang soya dan keluaran seperti susu soya, yogurt dan krim keju soya boleh didapati dengan mudah. Keluaran ini mempunyai tekstur dan bentuk yang serupa dengan keluaran berasaskan susu, bagaimanapun hasil soya tidak mengandungi jumlah kalsium yang banyak. Maka, kebanyakan pengeluar kacang soya menjual keluaran diperkaya dengan kalsium.

Tofu mengandungi sejumlah besar mineral penting kerana garam kalsium digunakan bagi pemejal protein dalam susu soya bagi menghasilkan tauhu (tofu). Tambahan lagi, protein soya telah didapati dapat mengurangkan penyingkiran kalsium oleh buah pinggang.

Kacang soya digunakan dalam barangan pengilangan termasuk minyak, sabun kosmetik, resin, plastik, dakwat, krayon, pelarut dan biodesile.



KEBAIKAN SOYA:

1. Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan murah daripada daging, susu dan telur.

2. Mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua  kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.

3. Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.

4. Kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lacithin.

5. Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

6. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.

7. Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

8. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
Continue Reading...

Istimewanya epal hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Continue Reading...

Ayam dan Gajus Cili Kering

Bahan-bahan:
250 gm dada ayam
200 gm gajus panggang
1/2 cawan stok ayam
10 tangkai cili kering - potong serong dan panggang
1 labu bawang besar - belah 8
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu besar minyak jagung
2 ulas bawang putih - dikisar halus
2 ulas bawang merah - dikisar halus
1 1/2 cm halia - dikisar halus


Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak jagung dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan ayam serta bahan-bahan lain (kecuali cili dan gajus) dan kacau hingga ayam masak. Kemudian masukkan cili dan gajus. Kacau sebentar dan angkat.
Continue Reading...

Jalan songsang



PUTRAJAYA: Kegiatan ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) yang antaranya menghalalkan tulang babi dimakan dikesan bergerak semula di negara ini selepas penahanan 21 pengikutnya selepas mereka melakukan solat Jumaat di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.
Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari.
Sebelum serbuan, beberapa penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang disampaikan lelaki itu.

Selepas mereka selesai bersolat, penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 pengikut kumpulan itu yang turut membabitkan beberapa wanita.

Mereka yang berusia antara 20-an hingga 50-an, sebahagiannya ditahan di dalam sebuah rumah berhampiran surau itu dan kebanyakan mereka warga Indonesia.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata ajaran sesat IJ sudah diwartakan haram sejak 1980-an selepas ia didapati bertentangan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

Menurutnya, ajaran itu dibawa dari Indonesia dan disebarkan di kalangan penduduk tempatan yang terpedaya kerana ingin menggunakan jalan singkat bagi mendekatkan diri dengan Allah.

“Antara kepercayaan pengikut kumpulan itu ialah tulang babi halal dimakan, yang haram daging babi saja. Jelas pegangan ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, serbuan semalam dilakukan pihaknya selepas siasatan dan pemantauan Jais mendapati kumpulan ajaran sesat itu cuba mengembangkan ajaran mereka bukan saja di kalangan pendatang Indonesia, tetapi juga kepada penduduk tempatan.

Menurutnya, tindakan pengikut ajaran itu yang mengadakan solat Jumaat dengan jumlah makmum hanya 20 orang satu lagi bukti kesesatan mereka.

Selain itu, kata Khusrin, satu lagi kesalahan mereka yang jelas ialah melakukan solat Jumaat di surau yang tidak pernah diberikan tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan menjadikan surau itu sebagai markas menyebarkan ajaran sesat terbabit.

“Jais serius untuk memastikan ajaran sesat terbabit tidak terus berkembang. Sebab itu kami menempatkan ‘orang kita’ dalam kumpulan itu ketika mereka melakukan solat Jumaat tadi (semalam).

“Dengan tindakan itu, Jais berharap dapat memiliki bukti kukuh, malah selepas ditahan semua mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kajang untuk didakwa atas kesalahan menjadi pengikut ajaran yang difatwakan sesat,” katanya.

Sementara itu, portal e-Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan antara penyelewengan pengikut IJ ialah mendakwa kumpulan mereka saja mengamalkan cara Islam sebenar manakala bukan ahli dianggap kafir.

Pengikutnya juga dibenarkan melakukan solat Jumaat di rumah, menganggap lelaki dan perempuan ajnabi tidak batal wuduk jika bersentuhan, selain mengeluarkan hukum binatang yang mati di perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan.
Continue Reading...

Setiap yang berlaku ada hikmahnya

Kadang2 aku x percaya dgn kata2 itu... pada aku, kata2 tu semakin basi, tiada makna.... tp setelah beberapa peristiwa berlaku, aku semakin mengakui, ada kebenarannya....

Peristiwa Pertama : 7 April 2006, seorang bayi lelaki telah dilahirkan ke dunia... anak yg tidak diinginkan oleh bapanya sendiri, dilahirkan dengan penuh kepayahan dan debaran oleh seorg ibu yg ditinggalkan... bila dilihat, aku x mengerti apakah hikmah yg dikatakan, tapi ternyata, ibu itu, menjadi semakin matang, tidak lagi bergantung pada lelaki.. dia menjadi semakin kuat, semakin tabah... ada atau tiada lagi lelaki lain dlm hidupnya skrg bknlah lg 1 masalah, kerana dia sudah mempunyai waris... waris yg akan mendoakannya, selepas dia pergi kelak... dan sang bapa, hingga kini masih gagal mendpt bahagia, wpun ada isteri cantik, kaya dan bergaya...

Peristiwa Kedua : Disebalik hidup yg penuh tekanan, kedukaan, kesedihan, Tuhan berikan aku 1001 keistimewaan & kekuatan...  utk menjadi aku yang aku, aku yg masih tersenyum dan tertawa, aku yang masih berjalan dikala ada insan lain terbaring menanti belas... aku yang masih mampu mendengar kala ada insan yg hanya mampu memandang.. aku yg masih mampu melihat kala ada insan yg hanya mampu membayangkan.... aku masih punya keluarga, sedangkan ada teman2ku yg keseorangan di dunia.. aku masih punya teman2, sedangkan ramai lagi yg dipulaukan... aku masih punya seseorang (atau mgkn lebih) yg masih menyayangi aku lbh dr sekadar teman... aku masih mempunyai otak utk berfikir dan belajar, aku masih mempunyai cita2 utk berada di atas puncak, aku masih mempunyai tubuh yg sihat utk mencapai impian....

Peristiwa Ketiga : 9 tahun yang lalu, saat dia pergi, aku sedih... aku menangis.. aku kecewa... aku semakin terluka dan kelukaan itu mengubah aku menjadi seorg yg sangat berani... berani utk berdendam, berani utk membalas kata2 dan perbuatan jahat org lain terhadapku... tp hari ini, stlh 9 thn, aku percaya, Tuhan tlh memberikan apa yg setiap org berhak menerima... Perempuan itu, yg membuat dia pergi, sedang sakit, menjangkiti penyakit kelamin dari suaminya sendiri(dia!!).. Andai dia x pergi kala itu, akulah perempuan malang itu, dan aku bersyukur, kerana BUKAN AKU.... Bukan aku berdendam, pun bukan aku bergembira dgn kepayahannya, tp aku bersyukur, kerana Tuhan menjauhkan aku dari itu semua....

pun, aku yakin, setiap yang berlaku, ada hikmahnya........ 
Continue Reading...

Cinta lelaki pelik & Unik

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:

  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
  • Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
  • Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
  • Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
  • Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
  • Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.
  • Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
  • kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.
  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.
  • Lega apabila pasangan memujuknya.
  • Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
  • Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).
  • Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.
Continue Reading...

Be the best friend FIRST!

Anda mungkin tidak bersetuju dengan Tip Cinta bro kali ini. Ramai yang merasa agak sukar atau kekok apabila memulakan sebuah perhubungan itu atas dasar sahabat dulu, kemudian barulah memulakan perhubungan cinta. Kebanyakan yang bro jumpa, mereka akan berkelahi, bertekak, really mad at each other. Semuanya gara-gara, apabila sudah lama berkawan, segala-gala perihal masing-masing sudah tahu, faham dan dah tak boleh nak kelentong!
hehehe...kelakar kan.

Tapi, bukankah itu yang paling penting? Mengetahui dan memahami hati dan perasaan pasangan kita? Sebelum anda mengatakan tip ini agak kurang berkesan, apa kata anda try dulu hehe…anda cuba terlebih dahulu beb.

Pada asasnya, sesiapa sahaja yang 'looking for love', atau menginginkan sesebuah perhubungan cinta, perkara yang selalu menjadi masalah mereka ialah, tiada kawan yang dari opposite sex untuk menjadi tempat mengadu! Kalau wanita dengan wanita…memang bolehlah bercerita, lelaki dengan lelaki pun boleh jugak. TETAPI…wanita akan lebih selesa bercerita dengan kawan lelaki kerana mereka lebih memahami perasaan wanita itu. Begitulah juga sebaliknya!


Nahh…itulah yang bro cakap, Be the best friend FIRST!”

Apabila anda sudah memecahkan benteng pertahanan si dia, dengan menjadi best friend dia…anda cukup mudah untuk berada dekat dengannya. Malah kemungkinan besar, dia yang tercari-cari kan anda! Kerana, mereka ini sebenarnya memerlukan seseorang yang boleh berada bersama mereka all the time, untuk mendengar masalah mereka, keluhan dan luahan hati yang bersedih kerana tidak dapat cinta yang diidamkan. Then, kalau boleh, best friend dia ni bersetuju dengan apa sahaja keputusan mereka, memahami apa yang dimahukannya.

Siapa lagi yang boleh jadi begitu jika bukan teman baik? Mestilah seseorang yang sangat dipercayai, seseorang yang dia tahu, tidak menaruh harapan dan perasaan cinta kepadanya.

Cuma, ramai yang tersilap langkah dengan memulakan sesebuah perhubungan dengan menjadi seseorang yang berminat untuk bercinta terlebih dahulu, kemudian baru nak jadi teman baik...mana nak jalan beb! Mestilah dia berhati-hati atau sedikit curiga dengan anda, asyik nak cover aje lah!.. Tapi kalau dengan teman baik…habis cerita dalam kelambu pun diceritakannya!!

Jadi...1st thing 1st!.. be the best friend dulu, kerana apabila anda sudah menjadi teman baik, di samping anda menjadi tempat dia mengadu, kepercayaan dia terhadap anda makin menebal, anda dan dia pasti makin rapat...jadi, anda pula berpeluang untuk tampilkan diri anda yang terbaik, malah anda juga berpeluang melihat orang yang diminatinya itu bagaimana caranya…justeru itu anda dapat lakukan jauh lebih baik darinya! Sehinggakan si dia mulai nampak keistimewaan anda, then bro rasa, pasti dia dapat merasakan betapa ruginya dia jika tidak memulakan percintaan dengan anda. So, "Be the best friend FIRST!"

Warning!...hehehe, Cuma cara ni anda kena banyak sabar…dan tahan emosi anda yang akan pasti bergelora dan mungkin juga mendidih-didih, JEALOUS! Namun, jika anda sabar…ambil masa lama sikit…dia pasti milik anda!
Continue Reading...

Melicinkan Wajah Anda Yang Manis

Bercakap tentang kecantikan , tempat paling utama mendapat perhatian adalah pada wajah.Kaum perempuan pasti lebih ambil perhatian,Tapi semenjak dua ni,kaum lelaki pun apa kurang nya,
Di pasaran kosmetik terdapat banyak yang dijual berasaskan pada kecantikan wajah.
Namun ada satu tumbuhan yang sangat baik untuk kecantikan wajah.Ianya adalah daun sireh

Daun Sireh
Ambil lah sehelai daun sireh dan terus saja anda menggosokkan ke muka anda.Biarkan selama beberapa minit untuk pati daun sireh menyerap ke dalam kulit wajah.

Kemudian basuh apabila agak lama daun sireh itu berada di wajah anda.
Itu saja. Cuba lah .Murah dan senang.

Anda ada cadangan atau petua lain? Berikan di ruang komen.Saya akan masukkan kedalam post jika ianya istimewa.
Continue Reading...

Petua Memikat Suami

Bagi para-para isteri yang ingin mendapatkan maklumat cara memikat suami sudah tentu ada cara yang tersendiri kerana anda sajalah yang tahu perangai suami anda.
Bagi isteri yang baru bernikah pula ingin terus kekal suaminya menyayangi dan menghormati akan kehadiran nya,

Pada bakal isteri pula akan mencari jalan supaya bakal suami sentiasa sayang sepanjang hayat.Umpama sahabat dan kasih sejati.
Untuk gadis dan wanita yang belum berkahwin,ianya boleh dijadikan pertambahan ilmu dan modal nasihat buat teman -teman nya yang sudah berkahwin.
Maka di bawah ini koleksi petua telah mengutip beberapa sumber di internet dan buku sebagai pertambahan ilmu dan panduan.


1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.

2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.

9. Beri pujian terhadap penampilan suami – rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya

10.Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

11.Minta bantuan suami hanya jika sesuai – sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

12.Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

13.Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

14.Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )

15.Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang -kurangnya 2 kali sehari.

16.Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

17.Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

18.Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

19.Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20.Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

21.Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

22.Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

23.Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

24.Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

25.Bila meminta bantuan suami :- * terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. * Beri pilihan kerja yang disukainya. * jangan menyuruh-nyuruh * gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

26.Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27.Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun suami berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.

28.Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

29.Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
Continue Reading...

Syarat Untuk Bahagia

Untuk bertemu dengan orang yang tepat, kamu harus memainkan peranan yang penting juga. Ini kerana sedikit sebanyak sikap kamu mempengaruhi hubungan yang dijalin. Jadi berikut adalah empat syarat penting yang harus ada dalam diri kamu andai ingin cinta berakhir bahagia….

happiness
1. Cintailah Diri Sendiri Sebelum Kamu Mencintai Orang Lain
Kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.


2. Punya Pendirian Yang Tetap
Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang di sayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.


3. Bahagikan Hidup kamu Dengan Hal-hal Yang Lain
Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.


4. Berkorban Biarlah Berpada-Pada
Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.
Continue Reading...

Mutiara Kata Hikmah Penenang Jiwa

Persahabatan sejati umpama kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.
Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah

Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tenteram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk

Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.

Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”. Kemudian Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.
Engkau disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasadmu tetapi akal dan jiwamu.
Akal mempertahankan barang yang pahit tapi manis akibatnya, nafsu mempertahankan barang yang manis tapi pahit akibatnya.

Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkannya sebagai menyikirkan bahaya daripada musuh musuhmu

Belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya.
Continue Reading...

Cerpen budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.



Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.


Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipashelikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu didalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.

Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Quote-Dah mati boleh buat karangan yer- Woman Talk Blog :)
Continue Reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Free Toolbar