Search In Woman Talk

Wednesday 22 December 2010

Mawi tumpang populariti dalam idolaku

Namanya tidak segah dahulu. Tiada lagi fenomena Mawi. Semuanya seakan terkubur selepas lelaki ini mengambil keputusan menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hati. Pernah menyampaikan hasrat untuk bergerak aktif di belakang tabir dan mengurangkan kerjaya seni, namun itu semua hanyalah luahan kecewa Mawi tatkala ditimpa kontroversi bertalu-talu mengenai prinsip hidup dan suri pilihannya.
"Mana mungkin saya lupakan bidang nyanyian kerana orang mengenali saya daripada situ dan saya memang minat menyanyi," kata Mawi.

Kembali menyerikan industri dengan suara jantannya. Namun kemunculan Mawi tidak sendiri. Lebih senang bersandar harapan kepada penyanyi popular tanah air untuk menaikkan kembali popularitinya. Mawi meneruskan kesinambungan karier dengan merakamkan 15 buah lagu dengan 12 daripadanya adalah lagu duet bersama M. Nasir, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Zamani dan ramai lagi.

"Ya memang betul saya tumpang populariti mereka," Mawi berseloroh.

Menyatakan keterujaan diberi peluang merakamkan lagu bersama pujaan hatinya dalam bidang seni suara. Tuturnya, penantian dua tahun membuahkan hasil  apabila keinginannya selama ini diterjemahkan dalam bentuk album.

"Idola saya di dalam album ini mempunyai pengikut tersendiri dan secara tak langsung pengikut kami akan bergabung mendengar dendangan kami. Memang tak dapat dinafikan, ia turut membantu menaikkan kembali populariti saya.

"Sepatutnya Datuk Siti Nurhaliza juga terlibat, namun ada masalah teknikal yang tidak boleh dielakkan dan perjanjian tersebut dibatalkan," ujarnya yang turut meluahkan hasrat untuk muncul dengan album berentak R&B mengikut acuan tersendiri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Free Toolbar